Pes Asam Laksa KampongKu

RM5.50

SKU: KPMYALPPE00100 Categories: ,
[woocommerce_currency_converter currency_codes="MYR, SGD, AUD, USD, GBP, EUR, NZD, THB, PHP, KRW, JPY, IDR, HKD, TWD, BND" message="" show_symbols=1 show_reset=0 currency_display="select" disable_location=0]

Asam Laksa, salah satu Sajian Tersedap Di Dunia

Tahu tak Asam Laksa Penang ialah makanan ke-7 paling sedap di dunia? Betul. Kalau tak caya cuba check World’s 50 Best Foods kat laman web CNN Travel.

Asam Laksa yang power ni dibuat dengan air rebusan ikan yang pedas-pedas masam, ditambah pulak dengan serai,lengkuas, daun kesum dan bunga kantan untuk aroma yang menyegarkan. Lepas tu ditambah dengan hirisan bawang, timun, nenas dan daun pudina untuk rasa luar biasa yang membuatkan kita nak lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi…

Pes Asam Laksa Kampongku menjanjikan keenakan sajian bertahap dunia ini di dalam 3 sachet yang dipek berasingan, jadi anda boleh layan asam laksa ni berkali-kali. Pes ini juga agak versatile sebab ia boleh juga digunakan untuk memasak nasi goreng, pasta goreng, sos salad dan macam-macam lagi. Rasa dan teksturnya memang legit macam dekat gerai di Penang, cuma tak payah beratur je.

Diadun khas untuk rasa yang konsisten, setiap masa: 


TAK PERLU tambah minyak, garam, gula atau rempah

Cuma tambah air mengikut kepekatan yang korang suka

Tambah sardin atau tuna untuk rasa Asam Laksa lebih kaw

Menangi Pek Sampel Kampongku!

Langgan untuk berpeluang memenangi pakej sampel yang sedap dan yummy dari kami. Kami akan memilih beberapa pemenang setiap bulan. Anda juga akan mendapat kemas kini mengenai KampongKu, resipi lazat, tawaran eksklusif dan banyak lagi.

FREE delivery for orders over RM50(W.Msia) / RM120(E.Msia)

Bahasa Melayu