Cerita KampongKu
KampongKu tak main-main dalam menghasilkan masakan Malaysia yang asli. Negara kita kan syurga makanan, sebab tulah walau ke mana pun kita pergi di seluruh dunia, kita mesti nak kongsi makanan Malaysia. Bila nak kongsi tu, kenalah kongsi yang terbaik.
Produk Kampongku diilhamkan sekumpulan kaki makan yang rindukan masakan Malaysia semasa merantau dan bekerja kat luar negara. Bila balik Malaysia, beg kami gerenti penuh dengan segala macam produk makanan Malaysia yang susah nak cari kat luar negara. Bila sampai je, terus nak kongsi makanan kita dengan kawan-kawan dari seluruh dunia.
Barang baik kenalah kongsi
Di Kampongku, kami bangga dengan warisan masakan Malaysia. Kalau boleh kami nak setiap manusia di dunia ni tahu betapa powernya masakan Malaysia.
Kami juga peka dengan tanggungjawab kepada masyarakat dan alam sekitar, sebab tu produk kami hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa sebarang pengawet, perasa dan pewarna tiruan. Kami nak produk kami jadi sebaik masakan peniaga kecil di kampung dengan sentuhan tersendiri mereka. Ini yang buat rasa masakan Asia betul-betul padu.
Selain tu, KampongKu sentiasa mencuba kaedah-kaedah baru yang kreatif dan inovatif untuk ‘menyimpan rasa sebenar’ masakan kita di dalam pek-pek mudah supaya senang kita kongsikan dengan pencinta makanan di seluruh dunia.